Monday 26 October 2015

Gadget Saya

Pada zaman sekarang, setiap individu sudah pastinya mempunyai gadget yang tersendiri sama ada untuk memudahkan urusan dengan orang lain mahupun digunakan untuk mengisi masa lapang. Bilangan gadget saya tidak begitu banyak berbanding dengan orang lain.

Pertama sekali, gadget yang terpenting bagi saya ialah telefon pintar saya. Telefon pintar saya berjenama Samsung S2 dan dibeli sejak 5 tahun yang lalu. Walaupun telefon itu bukannya telefon yang tercanggih dan termahal, tetapi masih elok digunakan sebelum ditukar model yang baru. Fungsi utama telefon pintar ialah untuk berhubung dengan orang lain dan mengisi masa lapang saya dengan permainan atau muzik lagu yang ada. Di dalam gadget tersebut juga disimpan ramai nombor telefon ahli keluarga, saudara serta kawan, sekiranya berlaku kehilangan, maka berkemungkinan besar akan membawa masalah yang besar kepada saya untuk mengembalikan cara berhubung itu.

Seterusnya, gadget yang kedua saya ialah laptop saya yang baru dibeli tahun yang lepas kerana digantikan dengan laptop lama yang telah rosak secara mengejut. Laptop saya berjenama Hewlett and Packard (HP) dan berwarna kelabu. Gadget ini banyak membantu saya dalam akademik pembelajaran saya kerana kebanyakkan tugasan yang diberi sekarang perlu disiapkan dengan menggunakan computer atau secara atas talian. Sekiranya tanpa gadget ini, maka sebagai seorang pelajar tidak mungkin akan menyelesaikan semua tugasan tepat pada masanya. Laptop saya juga mempunyai fungsi yang kedua bagi saya, iaitu bagi penggunaan hiburan. Dengan adanya laptop saya ini, saya boleh melayari internet, menonton drama, serta bermain permainan computer untuk melepaskan tekanan yang ada dalam kehidupan.

Di samping itu, gadget yang saya ada juga termasuklah jam tangan yang lama dipakai oleh saya. Jam tangan tersebut dalamnya berwarna putih bersama dengan gelang yang berwarna coklat. Jam tangan tersebut merupakan hadiah hari jadi saya pada tahun sebelum ini. Saya amat menyukai jam tangan ini kerana gaya yang ringkas dan berkualiti. Walaupun pernah sekali gelangnya patah, tetapi saya masih tidak sanggup untuk bertukar kepada jam tangan yang lain, sehingga dapat cari gelang yang hamper sama untuk diganti semula.


Gadget yang terakhir saya ialah powerbank  yang baru dibeli itu. Power bank saya berjenama XiaoMi dan berkulit oren. Pada zaman sekarang, remaja suka bermain telefon pintar pada waktu lapang, termasuklah saya. Oleh itu, kita sering kehabisan bateri dalam telefon pintar dan apabila kita perlukan untuk kecemasan, maka tidak boleh berfungsi dengan baik. Dengan adanya power bank saya, saya tidak perlu risau tentang masalah ini dan pernah beberapa kali gadget tersebut selamatkan saya daripada kehabisan bateri apabila sesat jalan di luar. Kini, saya tidak akan tertinggal gadget ini apabila ingin keluar ke mana-mana tempat. 

Walaupun saya bukannya seorang yang berasal daripada keluarga yang kaya, tetapi saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana mampu memiliki gadget-gadget ini dalam kehidupan saya. Dengan adanya bantuan daripada gadget itu, maka kehidupan saya menjadi senang dan bermakna. 

No comments:

Post a Comment