Saya merupakan seorang mahasiswa di Universiti Utara
Malaysia (UUM) dan sekarang sedang mengikuti kursus pentadbiran perniagaan
secara sepenuh masa. Universiti Utara Malaysia merupakan universiti Rimba Hijau
yang terletak di Sintok, Kedah dan ia terletak berhampiran dengan sempadan
Malaysia-Thailand. Kursus yang diambil ini dijangka mengambil masa selama 4
tahun atau sebanyak 7 semester termasuklah sesi praktikum.
Semester ini merupakan semester yang ke-lima bagi saya
dalam universiti ini. Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya rasai sama
ada manis mahupun pahit. Ramai kawan yang sama kursus, dewan penginapan pelajar
dan bilik telah bertemu sehingga kini. Semua orang saling bergantung kepada
satu sama lain kerana masing-masing datang jauh dari halaman kampung dan
memikul harapan keluarga untuk berjaya pada masa hadapan.
Masih teringat dalam memory tentang hari pertama
berdaftar di universiti bersama ahli keluarga saya. Selepas selesai sudah semua
pentaftaran, ahli keluarga saya pun meninggalkan saya lalu kembali ke rumah.
Saya terpaksa hidup secara bersendirian menghadapi suasana yang baru ini tanpa
di sisi mereka. Minggu orientasi merupakan cabaran yang pertama bagi pelajar
baru. Semua mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja perlu bangun awal, tetapi juga
perlu mengikuti program yang ditetapkan sehingga lewat malam. Ada pula hari
dalam minggu orientasi yang hanya tidur kurang daripada empat jam.
Dalam semester yang pertama juga, saya telah menyertai
program yang dianjurkan oleh dewan penginapan pelajar saya yang bertema
perayaan kuih bulan sebagai AJK program. Di situlah saya berkenalan dengan
kebanyakkan kawan yang datang daripada pelbagai dewan penginapan. Melalui
program tersebut, saya juga diberi peluang untuk melibatkan diri dalam
kerja-kerja persiapan yang ditanggungjawab sepenuhnya oleh segolongan
mahasiswa. Semangat kerjasama yang tinggi menwujudkan hubungan erat yang tidak
terpisah sehingga hari ini. Pada hujung semester pula, peperiksaan yang pertama
saya di universiti akan diadakan. Walaupun pada masa itu tidak begitu yakin
dalam peperiksaan yang akan diambil, tetapi akhirnya agak memuaskan terhadap
keputusan akhir itu.
Masa berlalu dengan cepat, sekelip mata sahaja
semester kedua telah bermula. Semua mahasiswa berkumpul sekali lagi di bumi
Sintok ini. Semester ini agak istimewa kerana merupakan hari jadi saya yang
pertama di universiti ini. Saya menyambut hari yang istimewa ini bersama ramai
kawan saya di Alor Setar. Walaupun hanya sekadar makan malam, tetapi kami berasa
amat seronok kerana dapat berkumpul dan bermain secara bersama. Dalam semester
ini juga, kami berpakat melancong di tempat yang amat popular di kalangan
pelajar UUM, iaitu Langkawi. Kali ini merupakan kali yang pertama kami keluar
untuk melancong dan kami percaya ini merupakan salah satu memori yang tidak
akan dilupai.
Setahun setengah telah berlalu, saya merupakan pelajar
yang semester keempat. Terdapat satu lokasi yang saya dan kawan saya suka pergi
selama ini. Tempat itu juga merupakan tempat yang paling kerap dikunjungi oleh
pelajar UUM iaitu Danok, Thailand. Tidak seperti universiti yang lain,
universiti kami terletak berhampiran dengan sempadan negara Thailand. Oleh itu,
kami berpeluang untuk mengunjungi ke negara jiran kita tanpa kos yang tinggi.
Kami sentiasa pergi untuk membeli barang dan bermakan malam di situ. Masa di
universiti ini hanya tinggal separuh sahaja lagi. Perasaan yang gembira dan
tidak sanggup bercampuran kedua-duanya. Masing-masing bermula untuk menghargai
masa dan perkara yang berlaku di universiti supaya tidak menyesal apabila
keluar dari tempat yang penuh dengan ingatan manis ini.
Semester ini merupakan semester kelima bagi saya.
Semester ini amat mencabar bagi saya kerana banyak subjek yang susah sedang
diambil. Dari awal semester hingga sekarang, kerja yang belum pernah berhenti
sangat meletihkan sehingga membuatkan saya jatuh sakit beberapa kali. Selain
itu, semester ini juga berlaku satu peristiwa yang menyedihkan saya dan
keluarga saya iaitu datuk saya yang disayangi telah meninggal dunia. Saya
terpaksa pulang ke kampung untuk menyiapkan perkara berkenaan walaupun masih
dalam minggu pembelajaran. Suasana yang sedih dan berat hati terhadap kematian
datuk masih kekal sepanjang minggu tersebut. Selepas ke UUM, saya pula
meneruskan perjuangan saya dalam academic lalu menikmati kehidupan sebagai
seorang pelajar yang tidak tinggal banyak masa ini.
Sepanjang lima semester yang ada dalam universiti
rimba hijau ini, saya telah belajar cara untuk berdikari tanpa bergantung kepada
orang lain, khususnya keluarga saya. Lantaran itu, kerjasama di antara kawan
saya amat dihargai kerana tanpa mereka, detik-detik kehidupan di universiti ini
tidak akan begitu sempurna dan bahagia. Dengan adanya sokongan daripada
keluarga dan kawan-kawan saya, saya percaya saya mampu mengharungi sagala
rintangan dan cabaran dalam pembelajaran saya sehingga tamat pengajian.