Di mana-mana tempat, hujan merupakan suatu phenomena
yang biasa dilihat. Manakala di seluruh dunia, terdapat pelbagai jenis hujan
yang aneh dan pelik berlaku. Contohnya, hujan ais batu, hujan ikan, dan hujan
merah. Walaupun begitu, di kawasan Sintok ini hanya hujan biasa sahaja yang
pernah berlaku seperti tempat yang lain.
Bagi seorang rakyat yang berasal daripada sebuah
negara yang bermusim panas, hujan membawa erti yang besar kepada kita.
Kadang-kala, kemunculan hujan yang tepat pada masanya boleh mengurangkan kepanasan
yang menyeksakan. Tambahan pula, bagi sesetengah kawasan yang kekurangan air,
hujan merupakan satu-satunya cara penyelesaian yang terbaik. Bagi pelajar,
hujan bererti mulanya kemalasan untuk hadir ke kelas atau kuliah dan masa yang
terbaik untuk tidur atas katil. Ada juga pelajar yang suka terhadap hujan kerana boleh membersihkan kereta mereka yang lama tidak mencuci.
Musim hujan di kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM),
Sintok biasanya akan berlaku pada hujung tahun. Oleh itu, setiap hujung tahun, boleh
dilihat kebanyakkan pelajar akan sediakan payung apabila ingin ke mana-mana
tempat. Pernah berlaku sekali apabila kuliah di universiti terpaksa
ditangguhkan kerana hujan lebat yang berlaku mengakibatkan banjir. Pelajar juga
dinasihatkan supaya kembali ke rumah masing-masing sehingga keadaan banjir
dikawal dengan sepenuhnya. Kawasan Changlun yang berdekatan dengan Sintok pula sering
berlakunya banjir kilat akibat daripada hujan yang berterusan.
Hujan membawa pelbagai baik dan buruk kepada kita. Dari
segi kebaikan, hujan membekalkan bekalan air kepada penggunaan manusia, dan
tumbuh-tumbuhan. Hujan juga boleh menghasilkan elektrik melalui teknologi
tenaga hydro. Jerebu yang berlaku kebelakangan ini juga telah dikurangkan
tahapnya oleh air hujan yang diturun beberapa hari tersebut. Di sebaliknya, dari
segi keburukan pula, hujan berlaku bukan sahaja mengehadkan pelajar untuk
melibatkan diri dalam aktiviti luaran, malah hujan juga boleh menyebabkan
seseorang jatuh sakit atau selsema. Hujan asid yang kesan daripada pembangunan
tidak terancang juga mengakibatkan penyakit kulit berleluasa, pertambahan
bilangan kanser dan kemusnahan barang-barang atau bangunan.
Kesimpulannya, hujan merupakan salah satu ciptaan
Tuhan yang ajaib dan ia berlaku memberi manfaat kepada manusia yang jauh lebih
besar daripada buruknya. Setiap manusia mempunyai masanya untuk suka dan benci
hujan dengan alasan yang berbeza. Mungkin seseorang tidak suka hujan kerana ada
temu janji di luar, sebaliknya, seseorang itu suka hujan kerana kesejukan yang
menyegarkan mereka. Oleh itu, sama ada suka atau tidak terhadap hujan, kita
perlu bersyukur kepada apa yang berlaku depan mata kita dan sentiasa berfikiran
positif.


The best slots for the US - NoDepositCasinos.info
ReplyDeleteBest slots for US · The 스마일 먹튀 5 Lions Gold – best slots 토토 사이트 홍보 for $150 · Mustang Gold – best slots for $100 메이플 슬롯 강화 · Diamond Strike Casino – 힘 숨찐 챌린지 best slots for $100 브라 밝기조절 · The