Monday, 26 October 2015

Pengalaman Saya di Universiti



Saya merupakan seorang mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan sekarang sedang mengikuti kursus pentadbiran perniagaan secara sepenuh masa. Universiti Utara Malaysia merupakan universiti Rimba Hijau yang terletak di Sintok, Kedah dan ia terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand. Kursus yang diambil ini dijangka mengambil masa selama 4 tahun atau sebanyak 7 semester termasuklah sesi praktikum. 

Semester ini merupakan semester yang ke-lima bagi saya dalam universiti ini. Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya rasai sama ada manis mahupun pahit. Ramai kawan yang sama kursus, dewan penginapan pelajar dan bilik telah bertemu sehingga kini. Semua orang saling bergantung kepada satu sama lain kerana masing-masing datang jauh dari halaman kampung dan memikul harapan keluarga untuk berjaya pada masa hadapan.

Masih teringat dalam memory tentang hari pertama berdaftar di universiti bersama ahli keluarga saya. Selepas selesai sudah semua pentaftaran, ahli keluarga saya pun meninggalkan saya lalu kembali ke rumah. Saya terpaksa hidup secara bersendirian menghadapi suasana yang baru ini tanpa di sisi mereka. Minggu orientasi merupakan cabaran yang pertama bagi pelajar baru. Semua mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja perlu bangun awal, tetapi juga perlu mengikuti program yang ditetapkan sehingga lewat malam. Ada pula hari dalam minggu orientasi yang hanya tidur kurang daripada empat jam.

Dalam semester yang pertama juga, saya telah menyertai program yang dianjurkan oleh dewan penginapan pelajar saya yang bertema perayaan kuih bulan sebagai AJK program. Di situlah saya berkenalan dengan kebanyakkan kawan yang datang daripada pelbagai dewan penginapan. Melalui program tersebut, saya juga diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja persiapan yang ditanggungjawab sepenuhnya oleh segolongan mahasiswa. Semangat kerjasama yang tinggi menwujudkan hubungan erat yang tidak terpisah sehingga hari ini. Pada hujung semester pula, peperiksaan yang pertama saya di universiti akan diadakan. Walaupun pada masa itu tidak begitu yakin dalam peperiksaan yang akan diambil, tetapi akhirnya agak memuaskan terhadap keputusan akhir itu. 

Masa berlalu dengan cepat, sekelip mata sahaja semester kedua telah bermula. Semua mahasiswa berkumpul sekali lagi di bumi Sintok ini. Semester ini agak istimewa kerana merupakan hari jadi saya yang pertama di universiti ini. Saya menyambut hari yang istimewa ini bersama ramai kawan saya di Alor Setar. Walaupun hanya sekadar makan malam, tetapi kami berasa amat seronok kerana dapat berkumpul dan bermain secara bersama. Dalam semester ini juga, kami berpakat melancong di tempat yang amat popular di kalangan pelajar UUM, iaitu Langkawi. Kali ini merupakan kali yang pertama kami keluar untuk melancong dan kami percaya ini merupakan salah satu memori yang tidak akan dilupai.

Setahun setengah telah berlalu, saya merupakan pelajar yang semester keempat. Terdapat satu lokasi yang saya dan kawan saya suka pergi selama ini. Tempat itu juga merupakan tempat yang paling kerap dikunjungi oleh pelajar UUM iaitu Danok, Thailand. Tidak seperti universiti yang lain, universiti kami terletak berhampiran dengan sempadan negara Thailand. Oleh itu, kami berpeluang untuk mengunjungi ke negara jiran kita tanpa kos yang tinggi. Kami sentiasa pergi untuk membeli barang dan bermakan malam di situ. Masa di universiti ini hanya tinggal separuh sahaja lagi. Perasaan yang gembira dan tidak sanggup bercampuran kedua-duanya. Masing-masing bermula untuk menghargai masa dan perkara yang berlaku di universiti supaya tidak menyesal apabila keluar dari tempat yang penuh dengan ingatan manis ini.

Semester ini merupakan semester kelima bagi saya. Semester ini amat mencabar bagi saya kerana banyak subjek yang susah sedang diambil. Dari awal semester hingga sekarang, kerja yang belum pernah berhenti sangat meletihkan sehingga membuatkan saya jatuh sakit beberapa kali. Selain itu, semester ini juga berlaku satu peristiwa yang menyedihkan saya dan keluarga saya iaitu datuk saya yang disayangi telah meninggal dunia. Saya terpaksa pulang ke kampung untuk menyiapkan perkara berkenaan walaupun masih dalam minggu pembelajaran. Suasana yang sedih dan berat hati terhadap kematian datuk masih kekal sepanjang minggu tersebut. Selepas ke UUM, saya pula meneruskan perjuangan saya dalam academic lalu menikmati kehidupan sebagai seorang pelajar yang tidak tinggal banyak masa ini. 


Sepanjang lima semester yang ada dalam universiti rimba hijau ini, saya telah belajar cara untuk berdikari tanpa bergantung kepada orang lain, khususnya keluarga saya. Lantaran itu, kerjasama di antara kawan saya amat dihargai kerana tanpa mereka, detik-detik kehidupan di universiti ini tidak akan begitu sempurna dan bahagia. Dengan adanya sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan saya, saya percaya saya mampu mengharungi sagala rintangan dan cabaran dalam pembelajaran saya sehingga tamat pengajian.   

3 comments:

  1. Wahhh tak sabar rasanya nak masuk universiti ni!! Thanks for the info.. ;)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete