Pada zaman sekarang, setiap individu sudah pastinya
mempunyai gadget yang tersendiri sama ada untuk memudahkan urusan dengan orang
lain mahupun digunakan untuk mengisi masa lapang. Bilangan gadget saya tidak
begitu banyak berbanding dengan orang lain.
Pertama sekali, gadget yang terpenting bagi saya ialah
telefon pintar saya. Telefon pintar saya berjenama Samsung S2 dan dibeli sejak
5 tahun yang lalu. Walaupun telefon itu bukannya telefon yang tercanggih dan
termahal, tetapi masih elok digunakan sebelum ditukar model yang baru. Fungsi
utama telefon pintar ialah untuk berhubung dengan orang lain dan mengisi masa
lapang saya dengan permainan atau muzik lagu yang ada. Di dalam gadget tersebut
juga disimpan ramai nombor telefon ahli keluarga, saudara serta kawan,
sekiranya berlaku kehilangan, maka berkemungkinan besar akan membawa masalah
yang besar kepada saya untuk mengembalikan cara berhubung itu.

Di samping itu, gadget yang saya ada juga termasuklah
jam tangan yang lama dipakai oleh saya. Jam tangan tersebut dalamnya berwarna
putih bersama dengan gelang yang berwarna coklat. Jam tangan tersebut merupakan
hadiah hari jadi saya pada tahun sebelum ini. Saya amat menyukai jam tangan ini
kerana gaya yang ringkas dan berkualiti. Walaupun pernah sekali gelangnya
patah, tetapi saya masih tidak sanggup untuk bertukar kepada jam tangan yang
lain, sehingga dapat cari gelang yang hamper sama untuk diganti semula.

Walaupun saya bukannya seorang yang berasal daripada keluarga yang kaya, tetapi saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana mampu memiliki gadget-gadget ini dalam kehidupan saya. Dengan adanya bantuan daripada gadget itu, maka kehidupan saya menjadi senang dan bermakna.
No comments:
Post a Comment