Monday, 26 October 2015

Gadget Saya

Pada zaman sekarang, setiap individu sudah pastinya mempunyai gadget yang tersendiri sama ada untuk memudahkan urusan dengan orang lain mahupun digunakan untuk mengisi masa lapang. Bilangan gadget saya tidak begitu banyak berbanding dengan orang lain.

Pertama sekali, gadget yang terpenting bagi saya ialah telefon pintar saya. Telefon pintar saya berjenama Samsung S2 dan dibeli sejak 5 tahun yang lalu. Walaupun telefon itu bukannya telefon yang tercanggih dan termahal, tetapi masih elok digunakan sebelum ditukar model yang baru. Fungsi utama telefon pintar ialah untuk berhubung dengan orang lain dan mengisi masa lapang saya dengan permainan atau muzik lagu yang ada. Di dalam gadget tersebut juga disimpan ramai nombor telefon ahli keluarga, saudara serta kawan, sekiranya berlaku kehilangan, maka berkemungkinan besar akan membawa masalah yang besar kepada saya untuk mengembalikan cara berhubung itu.

Seterusnya, gadget yang kedua saya ialah laptop saya yang baru dibeli tahun yang lepas kerana digantikan dengan laptop lama yang telah rosak secara mengejut. Laptop saya berjenama Hewlett and Packard (HP) dan berwarna kelabu. Gadget ini banyak membantu saya dalam akademik pembelajaran saya kerana kebanyakkan tugasan yang diberi sekarang perlu disiapkan dengan menggunakan computer atau secara atas talian. Sekiranya tanpa gadget ini, maka sebagai seorang pelajar tidak mungkin akan menyelesaikan semua tugasan tepat pada masanya. Laptop saya juga mempunyai fungsi yang kedua bagi saya, iaitu bagi penggunaan hiburan. Dengan adanya laptop saya ini, saya boleh melayari internet, menonton drama, serta bermain permainan computer untuk melepaskan tekanan yang ada dalam kehidupan.

Di samping itu, gadget yang saya ada juga termasuklah jam tangan yang lama dipakai oleh saya. Jam tangan tersebut dalamnya berwarna putih bersama dengan gelang yang berwarna coklat. Jam tangan tersebut merupakan hadiah hari jadi saya pada tahun sebelum ini. Saya amat menyukai jam tangan ini kerana gaya yang ringkas dan berkualiti. Walaupun pernah sekali gelangnya patah, tetapi saya masih tidak sanggup untuk bertukar kepada jam tangan yang lain, sehingga dapat cari gelang yang hamper sama untuk diganti semula.


Gadget yang terakhir saya ialah powerbank  yang baru dibeli itu. Power bank saya berjenama XiaoMi dan berkulit oren. Pada zaman sekarang, remaja suka bermain telefon pintar pada waktu lapang, termasuklah saya. Oleh itu, kita sering kehabisan bateri dalam telefon pintar dan apabila kita perlukan untuk kecemasan, maka tidak boleh berfungsi dengan baik. Dengan adanya power bank saya, saya tidak perlu risau tentang masalah ini dan pernah beberapa kali gadget tersebut selamatkan saya daripada kehabisan bateri apabila sesat jalan di luar. Kini, saya tidak akan tertinggal gadget ini apabila ingin keluar ke mana-mana tempat. 

Walaupun saya bukannya seorang yang berasal daripada keluarga yang kaya, tetapi saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana mampu memiliki gadget-gadget ini dalam kehidupan saya. Dengan adanya bantuan daripada gadget itu, maka kehidupan saya menjadi senang dan bermakna. 

Pengalaman Saya di Universiti



Saya merupakan seorang mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan sekarang sedang mengikuti kursus pentadbiran perniagaan secara sepenuh masa. Universiti Utara Malaysia merupakan universiti Rimba Hijau yang terletak di Sintok, Kedah dan ia terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand. Kursus yang diambil ini dijangka mengambil masa selama 4 tahun atau sebanyak 7 semester termasuklah sesi praktikum. 

Semester ini merupakan semester yang ke-lima bagi saya dalam universiti ini. Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya rasai sama ada manis mahupun pahit. Ramai kawan yang sama kursus, dewan penginapan pelajar dan bilik telah bertemu sehingga kini. Semua orang saling bergantung kepada satu sama lain kerana masing-masing datang jauh dari halaman kampung dan memikul harapan keluarga untuk berjaya pada masa hadapan.

Masih teringat dalam memory tentang hari pertama berdaftar di universiti bersama ahli keluarga saya. Selepas selesai sudah semua pentaftaran, ahli keluarga saya pun meninggalkan saya lalu kembali ke rumah. Saya terpaksa hidup secara bersendirian menghadapi suasana yang baru ini tanpa di sisi mereka. Minggu orientasi merupakan cabaran yang pertama bagi pelajar baru. Semua mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja perlu bangun awal, tetapi juga perlu mengikuti program yang ditetapkan sehingga lewat malam. Ada pula hari dalam minggu orientasi yang hanya tidur kurang daripada empat jam.

Dalam semester yang pertama juga, saya telah menyertai program yang dianjurkan oleh dewan penginapan pelajar saya yang bertema perayaan kuih bulan sebagai AJK program. Di situlah saya berkenalan dengan kebanyakkan kawan yang datang daripada pelbagai dewan penginapan. Melalui program tersebut, saya juga diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja persiapan yang ditanggungjawab sepenuhnya oleh segolongan mahasiswa. Semangat kerjasama yang tinggi menwujudkan hubungan erat yang tidak terpisah sehingga hari ini. Pada hujung semester pula, peperiksaan yang pertama saya di universiti akan diadakan. Walaupun pada masa itu tidak begitu yakin dalam peperiksaan yang akan diambil, tetapi akhirnya agak memuaskan terhadap keputusan akhir itu. 

Masa berlalu dengan cepat, sekelip mata sahaja semester kedua telah bermula. Semua mahasiswa berkumpul sekali lagi di bumi Sintok ini. Semester ini agak istimewa kerana merupakan hari jadi saya yang pertama di universiti ini. Saya menyambut hari yang istimewa ini bersama ramai kawan saya di Alor Setar. Walaupun hanya sekadar makan malam, tetapi kami berasa amat seronok kerana dapat berkumpul dan bermain secara bersama. Dalam semester ini juga, kami berpakat melancong di tempat yang amat popular di kalangan pelajar UUM, iaitu Langkawi. Kali ini merupakan kali yang pertama kami keluar untuk melancong dan kami percaya ini merupakan salah satu memori yang tidak akan dilupai.

Setahun setengah telah berlalu, saya merupakan pelajar yang semester keempat. Terdapat satu lokasi yang saya dan kawan saya suka pergi selama ini. Tempat itu juga merupakan tempat yang paling kerap dikunjungi oleh pelajar UUM iaitu Danok, Thailand. Tidak seperti universiti yang lain, universiti kami terletak berhampiran dengan sempadan negara Thailand. Oleh itu, kami berpeluang untuk mengunjungi ke negara jiran kita tanpa kos yang tinggi. Kami sentiasa pergi untuk membeli barang dan bermakan malam di situ. Masa di universiti ini hanya tinggal separuh sahaja lagi. Perasaan yang gembira dan tidak sanggup bercampuran kedua-duanya. Masing-masing bermula untuk menghargai masa dan perkara yang berlaku di universiti supaya tidak menyesal apabila keluar dari tempat yang penuh dengan ingatan manis ini.

Semester ini merupakan semester kelima bagi saya. Semester ini amat mencabar bagi saya kerana banyak subjek yang susah sedang diambil. Dari awal semester hingga sekarang, kerja yang belum pernah berhenti sangat meletihkan sehingga membuatkan saya jatuh sakit beberapa kali. Selain itu, semester ini juga berlaku satu peristiwa yang menyedihkan saya dan keluarga saya iaitu datuk saya yang disayangi telah meninggal dunia. Saya terpaksa pulang ke kampung untuk menyiapkan perkara berkenaan walaupun masih dalam minggu pembelajaran. Suasana yang sedih dan berat hati terhadap kematian datuk masih kekal sepanjang minggu tersebut. Selepas ke UUM, saya pula meneruskan perjuangan saya dalam academic lalu menikmati kehidupan sebagai seorang pelajar yang tidak tinggal banyak masa ini. 


Sepanjang lima semester yang ada dalam universiti rimba hijau ini, saya telah belajar cara untuk berdikari tanpa bergantung kepada orang lain, khususnya keluarga saya. Lantaran itu, kerjasama di antara kawan saya amat dihargai kerana tanpa mereka, detik-detik kehidupan di universiti ini tidak akan begitu sempurna dan bahagia. Dengan adanya sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan saya, saya percaya saya mampu mengharungi sagala rintangan dan cabaran dalam pembelajaran saya sehingga tamat pengajian.   

Saturday, 17 October 2015

Hujan....Hujan....

Di mana-mana tempat, hujan merupakan suatu phenomena yang biasa dilihat. Manakala di seluruh dunia, terdapat pelbagai jenis hujan yang aneh dan pelik berlaku. Contohnya, hujan ais batu, hujan ikan, dan hujan merah. Walaupun begitu, di kawasan Sintok ini hanya hujan biasa sahaja yang pernah berlaku seperti tempat yang lain.  

Bagi seorang rakyat yang berasal daripada sebuah negara yang bermusim panas, hujan membawa erti yang besar kepada kita. Kadang-kala, kemunculan hujan yang tepat pada masanya boleh mengurangkan kepanasan yang menyeksakan. Tambahan pula, bagi sesetengah kawasan yang kekurangan air, hujan merupakan satu-satunya cara penyelesaian yang terbaik. Bagi pelajar, hujan bererti mulanya kemalasan untuk hadir ke kelas atau kuliah dan masa yang terbaik untuk tidur atas katil. Ada juga pelajar yang suka terhadap hujan kerana boleh membersihkan kereta mereka yang lama tidak mencuci.


Musim hujan di kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok biasanya akan berlaku pada hujung tahun. Oleh itu, setiap hujung tahun, boleh dilihat kebanyakkan pelajar akan sediakan payung apabila ingin ke mana-mana tempat. Pernah berlaku sekali apabila kuliah di universiti terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat yang berlaku mengakibatkan banjir. Pelajar juga dinasihatkan supaya kembali ke rumah masing-masing sehingga keadaan banjir dikawal dengan sepenuhnya. Kawasan Changlun yang berdekatan dengan Sintok pula sering berlakunya banjir kilat akibat daripada hujan yang berterusan.

Hujan membawa pelbagai baik dan buruk kepada kita. Dari segi kebaikan, hujan membekalkan bekalan air kepada penggunaan manusia, dan tumbuh-tumbuhan. Hujan juga boleh menghasilkan elektrik melalui teknologi tenaga hydro. Jerebu yang berlaku kebelakangan ini juga telah dikurangkan tahapnya oleh air hujan yang diturun beberapa hari tersebut. Di sebaliknya, dari segi keburukan pula, hujan berlaku bukan sahaja mengehadkan pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti luaran, malah hujan juga boleh menyebabkan seseorang jatuh sakit atau selsema. Hujan asid yang kesan daripada pembangunan tidak terancang juga mengakibatkan penyakit kulit berleluasa, pertambahan bilangan kanser dan kemusnahan barang-barang atau bangunan.


Kesimpulannya, hujan merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang ajaib dan ia berlaku memberi manfaat kepada manusia yang jauh lebih besar daripada buruknya. Setiap manusia mempunyai masanya untuk suka dan benci hujan dengan alasan yang berbeza. Mungkin seseorang tidak suka hujan kerana ada temu janji di luar, sebaliknya, seseorang itu suka hujan kerana kesejukan yang menyegarkan mereka. Oleh itu, sama ada suka atau tidak terhadap hujan, kita perlu bersyukur kepada apa yang berlaku depan mata kita dan sentiasa berfikiran positif.  

Friday, 16 October 2015

Pengenalan Penulis

Seorang rakyat Malaysia yang berlahir pada tahan 1993 dan berasal daripada Kuala Lumpur. Nama saya Chong Lock Hin dan berusia 22 tahun. Kini, saya merupakan seorang pelajar di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Saya berasal dari sebuah keluarga yang biasa tetapi bahagia. Bapa saya merupakan seorang pemandu traktor dan ibu saya seorang suri rumah tangga. Sorang abang dan kakak yang masing-masing telah masuk ke alam pekerjaan dan hanya tinggalkan hanya saya masih lagi di peringkat pelajar. Pada masa kecil sehingga sekarang, hubungan di antara saya dan ahli keluarga saya amat erat. Masing-masing memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan keharmonian kekeluargaan. Walaupun ada masanya berlaku pertelingkahan atau pergaduhan, tetapi setiap kali akan kembali kepada asal dan bertolak ansur antara satu sama lain. Mungkin disebabkan itu juga, hubungan sesama ahli keluarga menjadi lebih kukuh dan rapat.

Pada masa lapang, saya lebih menikmati untuk melakukan aktiviti secara bersendirian supaya mempunyai lebih banyak masa untuk menenagkan hati sendiri tanpa gangguan daripada luar. Salah satu hobi saya ialah berenang, Saya berasa tenang dan tanpa tekanan apabila saya  berada di dalam air atau berenang. Selain itu, saya juga suka berjoging kerana dapat melatih daya ketahanan dan tahap fokus saya dalam melakukan kerja. Stamina dan daya tumpuan boleh ditingkatkan apabila saya melakukan aktiviti tersebut. Membaca buku-buku motivasi juga kadang-kala dapat memberi inspirasi dan galakan kepada saya untuk terus maju ke arah matlamat.  


Zaman persekolahan saya boleh dikatakan penuh dengan makna. Pada peringkat sekolah rendah, saya belajar di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina, tetapi sambung pelajaran di sekolah menengah kebangsaan sehingga peringkat SPM. Selepas itu, saya menyambung pelajaran ke tingkatan 6 atau peringkat STPM. Dengan keputusan yang agak memuaskan, saya telahpun dibahagikan ke Universiti Utara Malaysia dalam bidang ijazah sarjana muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian selama 4 tahun.


Kini, sebagai seorang mahasiswa di universiti yang bakal menempuh di masyarakat, cita-cita saya ialah memulakan sebuah perniagaan yang mampu membawa perubahan di seluruh dunia. Keinginan saya ialah menjadi seorang usahawan yang bukan sahaja mampu mencipta kekayaan yang banyak tetapi pada masa yang sama dapat membawa kebaikan atau pertolongan kepada manusia dengan aktiviti perniagaan yang diceburi. Saya percaya, kehidupan yang bermakna bukan sahaja dikira dengan apa yang kami dapat, tetapi juga termasuk apa yang kami boleh membantu orang lain untuk hidup dengan lebih sempurna.