Seorang rakyat Malaysia yang berlahir pada tahan 1993 dan berasal daripada Kuala Lumpur. Nama saya Chong Lock Hin dan berusia 22 tahun. Kini, saya merupakan seorang pelajar di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Pada masa lapang, saya lebih menikmati untuk melakukan aktiviti secara bersendirian supaya mempunyai lebih banyak masa untuk menenagkan hati sendiri tanpa gangguan daripada luar. Salah satu hobi saya ialah berenang, Saya berasa tenang dan tanpa tekanan apabila saya berada di dalam air atau berenang. Selain itu, saya juga suka berjoging kerana dapat melatih daya ketahanan dan tahap fokus saya dalam melakukan kerja. Stamina dan daya tumpuan boleh ditingkatkan apabila saya melakukan aktiviti tersebut. Membaca buku-buku motivasi juga kadang-kala dapat memberi inspirasi dan galakan kepada saya untuk terus maju ke arah matlamat.

Kini, sebagai seorang mahasiswa di universiti yang bakal menempuh di masyarakat, cita-cita saya ialah memulakan sebuah perniagaan yang mampu membawa perubahan di seluruh dunia. Keinginan saya ialah menjadi seorang usahawan yang bukan sahaja mampu mencipta kekayaan yang banyak tetapi pada masa yang sama dapat membawa kebaikan atau pertolongan kepada manusia dengan aktiviti perniagaan yang diceburi. Saya percaya, kehidupan yang bermakna bukan sahaja dikira dengan apa yang kami dapat, tetapi juga termasuk apa yang kami boleh membantu orang lain untuk hidup dengan lebih sempurna.
How to register and deposit at a casino? | DrmCD
ReplyDeleteWhat 밀양 출장샵 casino does it accept? casino is a popular online 여수 출장마사지 gambling website and is offered 목포 출장마사지 in 익산 출장마사지 almost every casino. There are 목포 출장마사지 no minimum requirements at all